About Ibu-Homestay | Lebih lama, lebih murah!

Latar belakang Ibu-Homestay

Selamat Datang
Ibu-Homestay adalah perniagaan keluarga yang dimulakan pada 2014. Ibu-Homestay bermula dengan sebuah apartment di Anggerik Court yang diberi nama Ibu-Homestay USIM Nilai, berdekatan dengan Universiti Sains Islam Malaysia. Kini kami mempunyai 3 buah homestay dan lebih 200 keluarga telah menggunakan kemudahan kami. Bandar Nilai adalah bandar yang strategik, dikelilingi dengan kemudahan pendidikan seperti USIM, Inti University (Inti College), Nilai University, KPJ University College dan banyak lagi. Berdekatan dengan Litar Sepang F1, KLIA dan KLIA2 yang hanya mengambil masa 20 minit menjadikan bandar ini sebagai tempat persinggahan para pelancong. Bandar Nilai terkenal sebagai bandar membeli belah kain dengan harga yang berpatutan dan pelbagai pilihan. Ibu-Homestay menjadi pilihan utama kepada keluarga-keluarga yang mempunyai aktiviti / program di sekitar bandar ini. Hubungi kami, kami akan memberikan perkhidmatan mesra. Walaupun homestay kami penuh, kami akan mencarikan homestay lain untuk anda kerana kami mempunyai rangkaian homestay di sekitar Bandar Nilai. Terima kasih.
Home
Free Web Hosting